Projek Sinar Lestari YaPEIM Negeri Pahang

Misi saya bersama pasukan YaPEIM hari ini berada di Kampung Jarau, Pekan. Saya telah menyerahkan kunci rumah kepada Puan Normala binti Mustafar penerima manfaat bagi Projek Sinar Lestari YaPEIM Negeri Pahang. Alhamdulillah Puan Normala dan suami telah dipilih oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai penerima manfaat yang layak dibantu […]

Misi Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang

Misi Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang diteruskan ke lokasi berikutnya Dewan Felda Chini 1, Pekan. Di sini saya dan pasukan JPM (Hal Ehwal Agama) menyantuni masyarakat khususnya 87 orang Ketua Isi Rumah yang ditimpa ujian banjir. Dalam majlis ini, saya menyampaikan bantuan pelbagai bentuk seperti sumbangan Tabung Musaadah, barang keperluan, kelengkapan kit solat, pembersih diri, […]

Misi Bantuan Pasca Banjir JPM (Hal Ehwal Agama)

Misi Bantuan Pasca Banjir JPM (Hal Ehwal Agama) bergerak ke Dewan Kampung Sarang Tiong, Rompin ini, menyantuni seramai 79 Ketua Isi Rumah. Terasa akrab dan mesra apabila bersalaman dengan warga kampung walau kali pertama bersua. Saya amat memahami kesedihan serta keperitan yang ditanggung akibat ujian musibah ini. Saya membisikkan kata-kata semangat, ujian ini tanda Allah […]

Majlis Amanat 2024 dan Pelancaran Sambutan Jubli Emas JAWI

Sekitar Majlis Amanat 2024 dan Pelancaran Sambutan Jubli Emas JAWI yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga agensi atas kejayaan dan sumbangan untuk tahun 2023 demi kepentingan agama dan negara. Tahun 2024 adalah tahun kita semua untuk melaksanakan semua perancangan yang termaktub dalam Pelan Transformasi Al-Falah […]

WILAYAH PERSEKUTUAN BERSELAWAT DI MASJID WILAYAH

Semalam saya menghadiri program salah satu acara penting dalam Sambutan Jubli Emas 50 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan. Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, lebih 4,500 orang jemaah dan warga ibukota hadir bersolat jemaah dan mendengar tausiyah daripada Sahibul Fadhilah Habib Ali Zainal Abidin. Selepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan program Wilayah Persekutuan Berselawat. […]

SUBUH MACAM JUMAAT DI MASJID PUTRA

Seronok bila lihat ramai solat Subuh berjemaah termasuk anak-anak kecil. Ini satu rezeki. Alhamdulillah memulakan pagi ini dengan bersolat Subuh di Masjid Putra, Putrajaya bersama para jemaah. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat menyokong kempen Solat Subuh Macam Jumaat. Saya telah meminta JAKIM bersama JAWI dan seluruh agensi hal ehwal Islam memperluas kempen ini […]

Berjalan Sihat @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya

Selepas bersolat Subuh berjemaah di Masjid Putrajaya, saya menyertai YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam acara Berjalan Sihat @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya. Seronok dapat berjalan santai-santai bersama-sama warga kota. Sekitar 2.5 km sahaja. Alhamdulillah YB Dr Zaliha Mustafa bersama agensi beliau Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya memang […]

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA JUBLI EMAS 50 TAHUN JAWI

Malam tadi saya telah hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan bagi menyaksikan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam Secara Langsung bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam terbitan JAKIM dengan kerjasama JAWI dan RTM malam ini telah dikoordinasi oleh Tuan Haji Zakaria Othman bersama ahli-ahli Panel iaitu […]

MAIWP Run 2024

Meriah dan teruja. Itulah gambaran perasaan seluruh peserta program MAIWP Run 2024 pagi tadi. Lebih 11,078 peserta menyertai larian pagi tadi. Seronok saya melihat para peserta bersama keluarga, rakan taulan dan sahabat handai sama-sama menyertai acara tahunan ini anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat. Saya gembira bila melihat sahabat saya […]

Penyerahan Sumbangan Ambulans kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL)

Saya berbesar hati hadir bagi majlis penyerahan sumbangan Ambulans kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) di Perumahan Awam Seri Selangor. Sumbangan ambulans ini merupakan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu salah satu agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). JPM (Hal Ehwal Agama) akan terus membantu masyarakat dan pihak yang memerlukan. […]

Selamat Datang, Welcome