Majlis santunan bakal jemaah Haji CS Holidays dalam program Kursus Haji Intensif

Saya menyantuni para bakal jemaah Haji CS Holidays dalam program Kursus Haji Intensif.
Tahniah saya ucapkan kepada semua bakal jemaah haji yang telah dipilih oleh Allah SWT menjadi Dhuyufurrahman Tetamu Allah SWT tahun ini.
Saya menyampaikan pesanan kepada semua bakal jemaah Haji untuk sentiasa memperkemaskan kefahaman agar ibadat haji nanti benar-benar berlandaskan ilmu.
Pada masa sama, saya memperingatkan agar sentiasa bertolak ansur serta mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.
Semoga rehlah haji dapat membawa transformasi kepada kehidupan kita. Saya juga berdoa agar semua jemaah dikurnia haji yang mabrur.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 27:
وَأَذِّن فِي ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالٗا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٖ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٖ ٢٧
Maksudnya: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh”

Selamat Datang, Welcome