Majlis simbolik pemberian insentif MAIWP sebanyak RM500 kepada 289 orang bakal jemaah haji tahun 2024M/1445H

Sekitar majlis simbolik pemberian insentif daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM500 seorang kepada seramai 289 orang bakal jemaah haji dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan untuk musim haji tahun 2024M/1445H.
Insentif ini diberikan melalui wang Sumber Am keseluruhan berjumlah RM144,500.00.
Pengagihan pemberian insentif ini akan disalurkan dengan kerjasama pihak Lembaga Tabung Haji melalui akaun bakal haji yang terlibat.
Pemberian ini juga adalah tanda keprihatinan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan.
Ini adalah sebahagian usaha berterusan Kerajaan untuk meringankan beban masyarakat serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat.

Selamat Datang, Welcome