Mesyuarat Pasca Kabinet bersama agensi-agensi hal ehwal Islam

Pagi ini saya mengadakan Mesyuarat Pasca Kabinet bersama agensi-agensi hal ehwal Islam.
Dalam mesyuarat ini saya telah menyampaikan arahan-arahan penting kepada ketua agensi. Kita menyelaras secara mingguan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh semua agensi.
Saya mahu semua agensi mengambil tindakan menyahut Perutusan Negara yang telah disampaikan YAB Perdana Menteri dengan tindakan-tindakan mengikut fungsi agensi masing-masing.
Pada masa sama, Pelan Transformasi Al-Falah perlu diambil tindakan bersungguh-sungguh seperti dijadualkan selain mengambil langkah proaktif menangani isu-isu berkaitan perkhidmatan hal ehwal Islam.

Selamat Datang, Welcome