Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Malam permulaan gema Al-Quran, mendengar keindahan kalam Tuhan, mentadabbur rahsia Al-Furqan.
Telah berlangsung semalam Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri
Turut hadir dalam majlis ini YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang.
Majlis ini berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Tahniah setingginya buat Kerajaan Negeri Pahang atas kerjasama erat penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Terima kasih dan penghargaan buat barisan urus setia JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Jabatan Penyiaran Malaysia serta semua agensi yang menjayakan majlis ini.
Semoga Allah memberkati kita semua dengan cahaya Al-Quran.

Selamat Datang, Welcome