Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M

Syukur Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M telah selesai dengan jayanya.
Menjunjung kasih atas keberangkatan dan perkenan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana sudi bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Penutupan malam tadi.
Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya ingin merakamkan
ucapan syabas dan tahniah kepada semua 29 orang peserta
Tilawah Al-Quran dan 81 orang peserta Hafazan Al-Quran
yang telah menyertai Majlis kali ini.
Sesungguhnya seluruh peserta telah memberikan
persembahan terbaik dan bacaan tuan-tuan dan puan-puan
amatlah mengetuk pintu hati kami untuk bertilawah,
mentadabbur dan mentazakkur Al-Quran.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada barisan Jemaah Hakim yang telah
memberikan khidmat bakti menghakimi Majlis Tilawah dan
Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini.
Hanya Allah Subhanahu Wataala jua yang selayaknya membalas jasa baik Ashabul Fadhilah para Jemaah Hakim semua.
Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang dam seluruh jentera Kerajaan Negeri Pahang atas kerjasama erat serta komitmen jitu sehingga menjadikan majlis pada tahun ini adalah antara yang berkualiti dan terbaik sepanjang edisi penganjurannya. Tahniah kita ucapkan.
Begitu juga setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada seluruh masyarakat khususnya di negeri Pahang yang telah memberikan sokongan padu kepada Majlis kali ini.
Tahniah juga kepada JAKIM dan seluruh urus setia yang bertungkus lumus menjayakan acara.
Semoga kita semua menjadi insan yang menghargai Al-Quran. Terus membaca, mentadabbur, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran.

Selamat Datang, Welcome