Kunjung Hormat kepada Pengurusan Tertinggi Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)

Saya melakukan kunjungan hormat kepada pengurusan tertinggi Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) bersempena Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini.
Bersama-sama mengiringi ialah sahabat saya, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang bersama YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, dan YH Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang.
Saya berasa amat bangga dengan kejayaan cemerlang Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam SPM 2023 dengan GPS 1.070.
Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang ini telah melonjakkan institusi tahfiz.
Saya bersama YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad berbesar hati meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM tersebut.
Saya mendoakan seluruh pelajar menjadi huffaz yang profesional, berbakti kepada agama, negara dan ummah.
Tahniah dan syabas sekali lagi daripada saya.

Selamat Datang, Welcome