Menyantuni anak-anak pelajar di Madrasah Ashraful Madaris di Beserah, Kuantan

Pagi tadi saya menyantuni anak-anak pelajar di Madrasah Ashraful Madaris di Beserah, Kuantan.
Turut bersama-sama YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Selain itu, YH Dato’ Dr. Hj. Zulkifli bin Hj. Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan Ustaz Haji Syafie bin Hasan, Mudir Madrasah Ashraful Madaris.
Saya menyampaikan beberapa nasihat kepada anak-anak pelajar supaya memberikan penumpuan penuh kepada pengajian menghafaz Al-Quran serta akademik agar benar-benar mantap. Pada masa sama, membina diri dengan akhlak dan sahsiah peribadi mulia menyerlahkan keindahan akhlak Al-Quran.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), memberikan penumpuan untuk membantu institusi pendidikan Islam khususnya institusi tahfiz dalam aspek fasiliti, kemudahan pembelajaran dan sebagainya.
Saya telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM20,000.00 untuk penambahbaikan karpet baharu surau madrasah yang sudah usang.
Semoga ia dapat membantu pembelajaran anak-anak tahfiz ini.

Selamat Datang, Welcome