Menziarahi Encik Hafiz Oon Jun Seong (Mr. Bentong)

Hari ini, saya mengambil kesempatan menziarahi Encik Hafiz Oon Jun Seong atau lebih dikenali dengan nama Mr. Bentong di kedai beliau.
Encik Hafiz dan pasukan beliau begitu komited menggerakkan perniagaan beliau dan lebih istimewa beliau adalah salah seorang pembayar zakat di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan juga di Pusat Kutipan Zakat Negeri Pahang.
Saya mendoakan perniagaan Encik Hafiz akan terus berkembang maju serta mendapat keberkatan Allah Subhanahu Wataala.
Saya percaya apa yang dilakukan oleh Encik Hafiz ini akan menjadi contoh tauladan kepada para usahawan lain untuk turut menunaikan membayar zakat di Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.
Pada masa sama, Majlis Agama Islam Negeri terus melipatgandakan usaha menyalurkan dana zakat untuk membantu dan membangun para asnaf.

Selamat Datang, Welcome