Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M

Semalam saya bersama TYT TYT Mesaad Ibrahim Al Sulaim, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia telah melancarkan Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pelaksanaan program yang telah memasuki tahun keenam pelaksanaannya, akan mengukuhkan lagi hubungan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, TYT Mesaad Ibrahim Al Sulaim dan juga kepada Kerajaan Arab Saudi atas kepercayaan yang diberikan kerana sekali lagi Malaysia dipilih bagi musim haji tahun ini untuk menyertai program Makkah Route di samping enam buah negara lain iaitu Indonesia, Maghribi, Pakistan, Bangladesh, Ivory Coast dan Turkiye
Pelaksanaan Makkah Route telah banyak membantu mempermudahkan urusan jemaah haji negara kerana setelah melalui penerbangan selama lapan jam, mereka tidak lagi perlu menunggu lama setibanya di Tanah Suci kerana proses pemeriksaan Jabatan Imigresen dan Kastam Arab Saudi telah diselesaikan di KLIA.
Saya juga menyantuni para jemaah dan mengucapkan Selamat Jalan kepada para bakal haji KT38 yang berangkat ke Tanah Suci, pada tengah malam tadi. Sekitar 353 orang bakal haji telah berlepas semalam.

Selamat Datang, Welcome