Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah pun bermula pagi ini dengan acara hafazan Al-Quran.
Pagi ini saya hadir menyantuni Ashabul Fadhilah para jemaah hakim acara hafazan di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Alhamdulillah, saya mengikuti bacaan para peserta mengikut kategori yang mewakili negeri masing-masing.
Masyarakat yang berada di sekitar lokasi majlis adalah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tahunan yang sangat bermakna ini.

Selamat Datang, Welcome