Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Teramat penting untuk memupuk dan menggalakkan budaya iqra dalam kalangan masyarakat dengan pelbagai bentuk program seperti halaqah buku, resensi buku dan sebagainya.
Sebagaimana kita maklum bahawa membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.
Petang ini, saya berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merasmikan 4 judul buku seperti berikut:
1) Adab Yang Hilang & Pengenalan Kitab Adabul Insan Karya Baharudin Ali Masrom al-Haj dan Ustaz Rasid Muhamad
2) Idealisme Politik Membangun Masyarakat Madani Karya Mustaffa Kamil Ayub
3) Jalan Lurus Ke Syurga Karya Ustaz Rasid Muhamad
4) Geng Subuh Macam Jumaat Karya Baharudin Ali Masrom dan Mustaffa Kamil Ayub
Keempat-empat buku ini sangat signifikan dalam kehidupan khususnya dalam pembinaan akhlak dan modal insan.
Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Haji Mustafa Kamil Ayub dan semua penulis.
Selamat maju jaya.

Selamat Datang, Welcome