Berjalan Sihat @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya

Selepas bersolat Subuh berjemaah di Masjid Putrajaya, saya menyertai YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam acara Berjalan Sihat @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya. Seronok dapat berjalan santai-santai bersama-sama warga kota. Sekitar 2.5 km sahaja. Alhamdulillah YB Dr Zaliha Mustafa bersama agensi beliau Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya memang […]

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA JUBLI EMAS 50 TAHUN JAWI

Malam tadi saya telah hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan bagi menyaksikan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam Secara Langsung bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam terbitan JAKIM dengan kerjasama JAWI dan RTM malam ini telah dikoordinasi oleh Tuan Haji Zakaria Othman bersama ahli-ahli Panel iaitu […]

MAIWP Run 2024

Meriah dan teruja. Itulah gambaran perasaan seluruh peserta program MAIWP Run 2024 pagi tadi. Lebih 11,078 peserta menyertai larian pagi tadi. Seronok saya melihat para peserta bersama keluarga, rakan taulan dan sahabat handai sama-sama menyertai acara tahunan ini anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat. Saya gembira bila melihat sahabat saya […]

Penyerahan Sumbangan Ambulans kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL)

Saya berbesar hati hadir bagi majlis penyerahan sumbangan Ambulans kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) di Perumahan Awam Seri Selangor. Sumbangan ambulans ini merupakan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu salah satu agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). JPM (Hal Ehwal Agama) akan terus membantu masyarakat dan pihak yang memerlukan. […]

Ziarah Asnaf di Perumahan Awam Seri Selangor

Semalam saya bersama pengurusan MAIWP menziarahi rumah ketiga bagi sesi ziarah ini iaitu Encik Mohamad Fadli bin Dahalim di Perumahan Awam Seri Selangor, Kuala Lumpur. Beliau bekerja sebagai pemandu lori, menanggung seorang isteri dan 4 orang anak masih belajar. Isterinya seorang suri rumah sepenuh masa. En Fadli menerima bantuan kewangan MAIWP secara bulanan. Semoga bantuan […]

Ziarah Puan Jamsiah binti Mohd Said, balu beserta 2 orang anak OKU.

Rumah kedua saya ziarahi Puan Jamsiah binti Mohd Said di Perumahan Awam Seri Selangor, Kuala Lumpur yang merupakan seorang balu yang kematian suami, menanggung 2 orang anak termasuk anak OKU. Puan Jamsiah tidak bekerja kerana perlu memberikan perhatian dan penjagaan sepenuhnya kepada anak OKU. Beliau ada penerima bantuan bulanan dan bantuan perubatan am daripada MAIWP. […]

Perasmian Sekolah Antarabangsa Spectrum, Sekolah Kampus Putrajaya.

Alhamdulillah, semalam saya telah merasmikan Sekolah Antarabangsa Spectrum, Sekolah Kampus Putrajaya. Turut hadir bersama TYT Duta Besar Kazakhstan Bulat Sugurbayev, YBhg Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Ketua Pengarah Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri, YBhg Datuk Syed Mehdhar Bin Syed Abdullah, Pengerusi Sekolah Antarabangsa Spectrum, Encik Ihab Ads, Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Antarabangsa […]

Perbincangan Bersama Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Perbincangan bersama para pegawai daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini yang diketuai sendiri oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, untuk membincangkan perkara berkaitan Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah. Untuk agenda membentuk masyarakat madani, ia sudah tentu bermula dengan agenda memperkasa aspek kekeluargaan. Pembentukan masyarakat yang bertamadun boleh dibentuk dengan membendung […]

Kunjung Hormat YBhg Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Semalam saya menerima kunjungan hormat daripada YBhg Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). YBhg Tan Sri Alimuddin sememangnya seorang tokoh berpengalaman luas dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Kami berbincang beberapa perkara mencari kaedah terbaik untuk memperkukuh agenda pendidikan Islam […]

Selamat Datang, Welcome