Kunjung Hormat H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz)

Dalam lawatan kerja rasmi di Republik Kyrgyz, saya bersama YBhg Datin Paduka Hajjah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM Malaysia telah berkunjung hormat kepada H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz).
Pertemuan berlaku dengan penuh harmoni dalam kerangka JAKIM bersedia untuk berkongsi kepakaran membantu sistem pensijilan halal di Republik Kyrgyz.
Kunjungan ini adalah usulan siri lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Rantau Asia Tengah; Republik Kyrgyz, Kazakhstan dan Uzbekistan.
Semoga pertemuan ini akan merintis kerjasama baharu yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua negara di dalam pembangunan sistem pensijilan halal.
Semoga jalinan kerjasama yang dibuat ini bakal memberi manfaat bagi kesejahteraan ummah seterusnya meningkatkan hubungan dua hala yang lebih baik dengan negara Malaysia.

Selamat Datang, Welcome