KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN PEMBERIAN INSENTIF SEBANYAK RM500 KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI DARI KELUARGA B40 WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024M/1445H

1.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan bahawa pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM500 kepada 289 orang bakal jemaah haji dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan untuk musim haji tahun 2024M/1445H.
2.​ Pemberian ini adalah tanda keprihatinan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan. Ini adalah sebahagian usaha berterusan Kerajaan untuk meringankan beban masyarakat serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
17 Mei 2024

Selamat Datang, Welcome