Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah

Saya mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama para pelajar dalam Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah yang berlangsung di Istanbul.
Saya berpesan kepada para pelajar untuk mengambil cakna dengan perkembangan semasa yang berlaku di dunia hari ini. Keberadaan para pelajar di bumi Turkiye ini wajar dimanfaatkan untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu selain mempelajari pelbagai bahasa seterusnya meraih seribu satu pengalaman sebagai pedoman diri.
Penekanan ilmu dan hikmah adalah merupakan sebahagian daripada nilai Al-Falah yang perlu digarap sebaiknya dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk negara kita.
Sebagai duta kecil negara Malaysia, peranan para mahasiswa amat penting dalam membawa naratif Madani yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Satu hari nanti apabila pulang ke Malaysia, mahasiswa adalah diharapkan untuk bersama-sama aspirasi Kerajaan membangunkan masyarakat Madani.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Yang Berusaha Cik Mardhiah binti Muhamad Sabri, Kuasa Usaha Sementara, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya kepada Saudara Ariff Imran bin Kamarul Zaman, Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Saudari Nur Najihah Tuah
Timbalan Presiden, MASAT, Saudara Ahmad Fawwaz Mohd Faris Jazlan, Penyelaras Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Istanbul dan juga Saudari Hafizah Mohd Sohaimi, Wakil pelajar Akademi Islam Basaksehi
Tidak dilupakan kepada semua mahasiswa di Turki. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua.

Selamat Datang, Welcome