Seminar Du’at Al Falah (Muslimah) di Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor

Saya merasmikan Seminar Du’at Al Falah (Muslimah) di Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor hari ini. Seminar ini memberi tumpuan khusus kepada para pendakwah wanita dengan pengisian daripada tokoh-tokoh pelbagai bidang. Saya amat berharap barisan pendakwah wanita ini terus bergerak ke lapangan mendekati golongan wanita terutamanya para beliawanis. Dengan dakwah rahmah dan kasih sayang, masyarakat akan […]

Sarapan Bersama SS Mufti Wilayah Persekutuan

Alhamdulilah, selesai saya bersarapan bersama SS. Datuk Prof Madya Dr Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan pagi ini. Sambil makan, banyak perkara saya dan Sahibus Samahah bincangkan mengenai umat Islam di negara ini. Apa yang penting, hormati menghormati kena ada. Saya sentiasa hormat institusi Mufti.

Syarahan Malaysia Harmoni di Dewan Senat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Saya menyampaikan Syarahan Malaysia Harmoni di Dewan Senat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penganjuran program Syarahan Malaysia Harmoni seperti hari ini adalah tepat pada waktunya untuk kita membangkitkan kesedaran semua pihak akan hakikat kepentingan asas keamanan dan perpaduan dalam proses pembinaan negara. Di saat sesetengah pihak cuba memberikan lakaran buruk kepada agama Islam dan umat […]

Slot Dari Hati di IKIM FM

Malam ini saya mengisi slot Dari Hati di Ikimfm. Bersama-sama dengan Prof Dato’ Dr Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya SUHAKAM. Saya terasa amat dekat dengan slot ini kerana saya menjadi tetamu sejak saya menjawat jawatan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dahulu. Rancangan ini membawa isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan serta mengemukakan […]

Ziarah Mangsa Banjir di Daerah Kota Tinggi

Semalam saya menggerakkan agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyantuni mangsa banjir di Daerah Kota Tinggi yang membabitkan 120 keluarga bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi. Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Exco Agama Negeri Johor, Ahli Parlimen Tenggara, ADUN Panti dan ADUN […]

Tinjauan Tapak Pembinaan Bayt Al Rahmah

Semalam saya bersama pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Taqwa – MAIWP telah turun berziarah Puan Daliyanah binti Yaamat sekeluarga yang diuji musibah rumah mereka telah musnah akibat kebakaran. Saya bersama Yayasan Taqwa MAIWP telah turun meninjau tapak pembinaan Bayt Al Rahmah di lokasi kebakaran dan tapak itu juga akan dibina Bayt […]

Bantuan Rumah Sinar Lestari YaPEIM

Saya bersama pengurusan YaPEIM semalam telah turun menyantuni Puan Suriani Kassim di Kampung Kurnia, Johor Bahru untuk menyampaikan bantuan Rumah Sinar Lestari YaPEIM dengan nilai RM 60,000.00. Semoga bantuan yang dihulurkan dapat memberikan berita gembira disamping meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Pengelola Jemaah Haji Kali ke-2

Petang tadi saya merasmikan Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Pengelola Jemaah Haji Kali ke-2 yang berlangsung di Movenpick, Sepang. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Tabung Haji dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) selaku penganjur bersama Karnival PJH kali ke-2 ini. Saya berharap Tabung Haji dan semua syarikat PJH akan terus berusaha memberi […]

Majlis Konvokesyen Kali Ke 16 Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur

Semalam saya menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang berlangsung di Majlis Konvokesyen kali ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh graduan seramai 1,450 orang yang diraikan hari […]

Bantuan Musibah Banjir kepada Keluarga Puan Rawiyah Binti Tuhirin

Saya dan pengurusan Yayasan Taqwa MAIWP telah turun berziarah kepada Puan Rawiyah binti Tuhirin yang mengalami musibah ribut di Muar, Johor. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Saya amat bersimpati dengan ujian yang menimpa Puan Rawiyah dan keluarga. Saya dan pengurusan Yayasan Taqwa MAIWP telah menyampaikan bantuan melibatkan kos sebanyak RM39,995.00. Inilah usaha Jabatan […]

Selamat Datang, Welcome