Perkongsian Berkaitan Halatuju Penganjuran International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024 Bersama Agensi Media

Petang ini saya mengadakan pertemuan bersama agensi media bagi berkongsi wawasan serta halatuju penganjuran International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024 yang dijadual berlangsung esok hari, 7 Mei dan 8 Mei 2024.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat komited untuk menggerakkan usaha perpaduan dan keharmonian masyarakat selaras gagasan YAB Perdana Menteri.
Terima kasih rakan-rakan media yang banyak membantu menyebarluaskan program ini.
Semoga program yang akan bermula hari esok berjalan lancar. Mohon doa semuanya.

Selamat Datang, Welcome