Ziarah Asnaf di Labuan

Dalam program di Wilayah Persekutuan Labuan semalam, saya mengambil peluang menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada lima keluarga asnaf di Labuan.
Saya berziarah ke kediaman Encik Mohd Afandi Awang, penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP menjadi lokasi pertama dalam sesi kunjung ziarah tersebut. Encik Afandi menanggung seorang isteri, lima orang anak berumur di antara 3 hingga 14 tahun serta ibu yang menghidap penyakit buah pinggang.
Kemudian itu, saya telah berziarah dan menyampaikan Bantuan Perikanan kepada Encik Mohd Shariff Mohd Salleh. MAIWP meluluskan bantuan sebuah bot fiberglass berukuran 17 kaki bernilai RM9,500.00 setelah bot yang dimilik Encik Mohd Shariff mengalami kerosakan dan tidak dapat dibaiki.
Seterusnya saya bersama pihak MAIWP telah mengunjungi Puan Sabtuyah, yang diuji dengan sakit jantung kronik, pada masa sama saya bersama pengurusan MAIWP turut menziarahi Encik Jamil Wali yang menghidap kanser paru- paru, dan juga lokasi terakhir saya menziarahi Encik Johari Salleh yang juga diuji dengan sakit jantung kronik, selain diuji dengan masalah usus dan diabetis.
Kesemua keluarga penerima bantuan menerima sumbangan tunai RM500 dan bakul makanan bernilai RM200 setiap keluarga.
Turut sama bersama saya adalah YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, YBr. Us. Md Fadzli Md Saad, Pengurus MAIWP Labuan serta pegawai dan kakitangan MAIWP.

Selamat Datang, Welcome