Majlis Santuni 282 Orang Jemaah Haji Kumpulan Pertama Ke Tanah Suci

Malam ini saya berada di KLIA untuk mengucapkan Selamat Berlepas Ke Tanah Suci kepada 282 orang jemaah Haji Kumpulan Pertama.
Kumpulan Pertama jemaah ini berlepas pada tengah malam ini jam 12.05 minit menaiki pesawat MH 8050.
Marilah kita bersama-sama berdoa seluruh jemaah diberikan keselamatan dan kesejahteraan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini.
Pengurusan dan seluruh warga kerja Tabung Haji akan memberikan perkhidmatan menyantuni keperluan jemaah haji Malaysia.
Semoga dikurniakan haji yang mabrur kepada semua jemaah haji.

Selamat Datang, Welcome