Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Serentak selepas Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dianjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi.
Saya amat berbesar hati dan berterima kasih setingginya kepada YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri kerana sudi melapangkan masa menyantuni seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dataran Kompleks Islam Putrajaya.
Begitu juga saya amat gembira dapat menyantuni warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam majlis yang digabungkan hari ini iaitu Majlis Perhimpunan dan Majlis Sambutan Aidilfitri.
Alhamdulillah majlis ini dihadiri hampir 2000 orang tetamu termasuk warga agensi.
Syabas kepada semua warga agensi yang bertungkus lumus menjayakan majlis hari ini.

Selamat Datang, Welcome