Program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tengah hari tadi saya menghadiri program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama-sama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertempat di Dewan Seri Melati, Kompleks PPj, Presint 3.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan seluruh warga Jabatan Wilayah Persekutuan serta Perbadanan Putrajaya atas penganjuran program.
Dalam majlis ini seramai 250 Asnaf Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diraikan, saya turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yang hadir ke majlis ini.
Semoga ukhuwah dan silaturrahim terus berkekalan.
 
 

Selamat Datang, Welcome