Amat berbesar hati pagi ini YAB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri kerana menyantuni masyarakat dalam Majlis Mesra Masjid dan Surau Jumaat JAWI di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Majlis pagi ini digerakkan sebagai platform pengukuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Membawa nilai-nilai rahmah, gabungan Masjid dan Surau JAWI menyantuni para pengunjung termasuk golongan asnaf bersempena semangat Syawal. Semoga ianya akan terus memperkukuh kesatuan dan semangat kasih sayang.
Dalam majlis ini saya turut menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan saudara baharu. Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka semua.
Tahniah saya ucapkan kepada JAWI, Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid/Surau Jumaat termasuk rakan-rakan strategik serta sukarelawan yang menjayakan majlis ini.