KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN TALIAN ADUAN MENGHINA AGAMA ISLAM

1. ​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam. Mana-mana pihak yang didapati melakukan apa-apa tindakan menghina Islam perlulah dibawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak.
2.​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mewujudkan talian khas untuk menerima aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk di laman media sosial.
3.​Masyarakat awam boleh membuat aduan serta laporan berkaitan apa-apa isu penghinaan kepada agama Islam di talian WhatsApp dan emel khusus seperti berikut:
​i.​017-3234533 (WhatsApp)
ii.​aduan@islam.gov.my ​
4.​Pihak JAKIM telah diminta untuk bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta lain-lain pihak berkaitan untuk menangani isu penghinaan kepada agama Islam.
5.​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak untuk sentiasa bertanggungjawab bagi memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara. Apa-apa bentuk provokasi dan tindakan ekstrem perlu dihentikan. Perpaduan adalah nikmat yang perlu dipertahankan demi mencapai cita-cita Membangun Malaysia Madani.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. MOHD NA’IM HAJI MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
2 Mei 2024

Selamat Datang, Welcome