Istiadat pengurniaan watikah pelantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Menjunjug kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada ahli-ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berlangsung semalam. Istiadat pengurniaan watikah pelantikan telah dimulakan dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu YBrs Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Timbalan Pengerusi MAIWP, YBhg. Datin Paduka Hakimah […]

MAJLIS PERASMIAN MASJID SETIA ALAM U13

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyempurnakan perasmian Masjid Setia Alam di Seksyen U13, Shah Alam semalam. Menjunjung setinggi kasih DYMM Tuanku kerana telah berkenan menerima Zakat Tabung Haji (TH) 2023 bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM28,421,099.74. Semoga di penghujung Ramadan ini, Allah Subhanahu Wataala memberkati […]

KILAUAN SYAWAL BERSAMA HABIB

Terima kasih kepada Kumpulan HABIB atas keprihatinan menyampaikan bantuan sebanyak RM40,000 dana wakalah Kumpulan HABIB yang disalurkan melalui cabang tanggungjawab sosial korporatnya, Yayasan HABIB, diperuntukkan bagi baik pulih dua buah rumah asnaf bergantung kepada kerosakan antaranya dengan mengganti bumbung yang bocor, siling rosak, tingkap kaca, pintu, pendawaian elektrik, pembersihan rumah dan sebagainya. Semoga ianya akan […]

Ziarah Rumah Nur Kasih Bestari

Ramadan mengajar kita erti ihsan. Berkasih sayang dan membantu mereka yang memerlukan. Pagi ini saya bersama agensi Yayasan Taqwa MAIWP meluangkan masa berziarah ke Rumah Nur Kasih Bestari yang terletak di Teras Jernang, Bangi Selangor. Rumah ini telah menempatkan seramai 30 orang anak-anak asnaf yang rata-rata mereka berumur 4 hingga 6 tahun. Saya mendapat maklumat […]

Majlis Iftar di Kedutaan Turki

Pada Sabtu lepas, saya memenuhi undangan iftar dari TYT Duta Turkiye ke Malaysia, H.E Selim Yüksel dan pegawai dari Kedutaan Turkiye bertempat di Yunus Emre Institute, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, Terima kasih Dr Omer Altun, Pengarah Yunus Emre Turkish Cultural Center atas hadiah karya bermakna buku bertajuk Deepen the ties : A multi-dimensional perspective of Malaysia-Turkiye […]

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara

Sekitar semalam Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara. Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Selepas solat hari raya Aidilfitri, berlangsung Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara. Semoga silaturrahim terus erat terjalin dengan […]

Majlis Rumah Terbuka YB. Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat

Menyambut kemeriahan lebaran dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka YB. Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat hari ini di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dapat bertemu dengan teman-teman dan sahabat handai. Terima kasih YB Tan Sri atas layanan dan santunan yang amat mesra kepada kami. Semoga Allah memberi keberkatan kepada YB Tan Sri dan seisi […]

Majlis Aidilfitri Tabung Haji di Ibu pejabat Tabung Haji, Kuala Lumpur

Sekitar Majlis Aidilfitri Tabung Haji di Ibu pejabat Tabung Haji, Kuala Lumpur. Terima kasih seluruh warga Tabung Haji atas undangan. Saya mengambil kesempatan menyantuni warga kerja Tabung Haji. Semoga Syawal ini akan memperteguh semangat setiakawan kita semua untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam.

Lawatan Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perlis

Semalam saya telah melawat Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perlis untuk melihat keadaan sekolah di sana. Saya telah mendengar taklimat daripada pengetua mengenai kerja-kerja penyelenggaraan pada tahun lepas dan berpuas hati dengan perkembangan terkini. Sebanyak RM 175,000.00 telah dimohon oleh Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perlis kepada JAKIM untuk kerja-kerja pendawaian di blok akademik. InsyaAllah setelah melihat keadaan dan […]

Majlis Penyerahan Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2024, Peringkat Negeri Perlis

Sempena lawatan kerja saya ke Negeri Perlis, hari ini saya telah turun Ke Sekolah Kebangsaan Tambung Tulang Arau Perlis, sempena majlis penyerahan sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2024, Peringkat Negeri Perlis. Melalui program anjuran Yayasan Taqwa-MAIWP dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis pada hari ini, seramai 600 orang pelajar yang datang dari kalangan […]

Selamat Datang, Welcome