Tinjauan keadaan pembangunan Surau Presint 11F di Putrajaya

Hari ini saya telah turun meninjau keadaan pembangunan Surau Presint 11F di Putrajaya.
Ini adalah tinjauan kali ketiga saya untuk memastikan segala kerja-kerja dapat dilaksana dengan teratur.
Pihak jawatankuasa Penaja Surau telah hadir bertemu saya untuk menyampaikan beberapa hasrat dan pandangan daripada masyarakat setempat yang amat menanti-nantikan pembinaan surau ini siap sepenuhnya.
Saya telah menyatakan komitmen sepenuhnya untuk membantu dan memastikan projek ini siap secepat yang mungkin.
Saya telah mengarahkan agensi di bawah saya iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyelesaikan masalah ini dengan segera yang mungkin.
Untuk makluman pembinaan Surau Presint 11 F ini menelan kos sebanyak RM 6.7 juta yang diuruskan oleh MAIWP.
Saya dan agensi MAIWP akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pembinaan surau ini selesai sepenuhnya.

Selamat Datang, Welcome