Konvensyen Al-Liqa’ Al-Qanuniy 2024

Saya menghadiri Konvensyen Al-Liqa’ Al-Qanuniy 2024: Pendakwaan dan Penguatkuasaan Jenayah Syariah Merentas Sempadan.
Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan atas penganjuran program Konvensyen ini.
Konvensyen yang meletakkan fokus “Pendakwaan dan Penguatkuasaan Jenayah Syariah Merentas Sempadan: Isu dan Cabaran” amat penting
Tambahan pula, mutakhir ini, kesalahan-kesalahan jenayah Syariah telah dilakukan dengan pelbagai cara termasuk menggunakan teknologi digital seperti media sosial.
Lebih membimbangkan, ada di kalangan mereka ini bukan sahaja menjalankan kegiatan di dalam negara malah telah
mengukuhkan pangkalan mereka di luar negara.
Konvensyen ini diharapkan dapat menjadi mekanisme bagi membolehkan kerjasama antara negeri-negeri dan kerjasama dua hala antara dua negara diharap dapat dibentuk.
Tatacara siasatan, proses ekstradisi dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa adalah antara aspek yang boleh diteliti dan diperhalusi.
Keperluan meneliti dan memperhalusi perkara ini, adalah terjemahan kepada kesungguhan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memartabat kerangka perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Selamat Datang, Welcome