Perasmian Pavilion Al-Falah & Pelancaran Buku Baharu Terbitan Agensi di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Pagi tadi saya telah melancarkan Perasmian Pavilion Al-Falah & Pelancaran Buku Baharu Terbitan Agensi di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Kali Ke-41 Tahun 2024.
Buat julung kalinya pada tahun ini, saya berasa amat teruja dan bangga kerana kesemua agensi Pengurusan Hal Ehwal Islam di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah bergabung secara kolektif di bawah satu pavilion yang dinamakan “Pavilion Al-Falah : Agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)” bagi penyertaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun 2024.
Tadi saya telah melancarkan 13 buah buku-buku baharu terbitan agensi-agensi di Bawah YB Menteri di JPM (HEA).
Ini merupakan satu inisiatif yang mencerminkan kesatuan antara agensi Hal Ehwal Agama (HEA) bagi menghasilkan outcome yang berimpak tinggi khususnya dalam bidang penerbitan dan industri perbukuan.
Dalam konteks Pelan Transformasi Al-Falah yang dibangunkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), langkah yang sama digariskan di bawah teras pertama iaitu Pentadbiran Islam Mampan melalui cadangan penubuhan Perpustakaan Awam Islam (Bayt al-Hikmah), serta Pembangunan Aplikasi Dar al-Ilmi iaitu sistem dan direktori bahan-bahan ilmiah hal ehwal Islam.
Ini adalah hasrat yang mahu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) laksanakan dalam tempoh jangka panjang.
Dengan komitmen padu agensi-agensi, semoga akan terlaksana jua cita-cita ini.

Selamat Datang, Welcome