Majlis meraikan para bakal haji Sarawak di Kuching

Setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi, hadir ke Majlis meraikan para bakal haji untuk penerbangan KT70Q di Stesen Berlepas Kuching pada hari ini.
Tahniah saya ucapkan kepada seramai 968 bakal-bakal haji negeri Sarawak yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Insya-Allah, semoga ibadat haji yang bakal dilaksanakan akan meningkatkan lagi iman dan taqwa kepada Allah Subhanahu Wataala.
Saya berharap bakal haji dapat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kesemua rukun dan wajib haji seperti yang telah dipelajari semasa kursus-kursus anjuran Tabung Haji.
Ini kerana, jemputan menunaikan haji ini merupakan satu jemputan yang tersangat istimewa dan tidak patut disia-siakan dengan menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
Saya juga berharap Tabung Haji akan meneruskan usaha-usaha menambahbaik sistem pengurusan haji agar sentiasa di tahap cemerlang dan terus kekal menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain di seluruh dunia.
Saya mendoakan semua jemaah haji Negeri Sarawak diberikan kemudahan oleh Allah Subhanahu Wataala agar dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan kembali dengan Haji yang Mabrur, Insya-Allah.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak termasuk agensi hal ehwal Islam negeri Sarawak atas kolaborasi erat bersama Tabung Haji.

Selamat Datang, Welcome