Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2024

Sekitar Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2024 di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Semoga seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh tekad dan beriltizam bekerja bersungguh-sungguh demi agama, bangsa dan negara. “Pekerja Kesuma Bangsa”

Majlis Sambutan Aidilfitri Residensi Flora Rosa Putrajaya

Malam ini saya memenuhi undangan Majlis Sambutan Aidilfitri Residensi Flora Rosa Putrajaya. Sekitar 500 orang penduduk hadir bersama-sama memeriahkan majlis silaturrahim ini. Saya telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada Tuan Haji Mazian bin Yaacob, Pengerusi Surau Flora Rosa untuk tujuan pengimarahan surau. Sebelum jamuan makan, seluruh hadirin bersolat Isyak secara berjemaah. Aktiviti komuniti seperti […]

Program Rahmah Madani Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Mangsa Banjir Di Mukim Ijok Batu Kurau Perak

Alhamdulillah selesai merasmikan Program Rahmah Madani Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Mangsa Banjir Di Mukim Ijok Batu Kurau Perak. Dalam program ini agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah terlibat iaitu YaPEIM yang telah memberi sumbangan berjumlah RM12,500.00 berupa barangan kering bagi Program Foodbank YaPEIM 5.0 kepada 125 keluarga yang akan di […]

Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024

Petang tadi saya menyempurnakan Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024, bertemakan “Wakaf Membangun Malaysia MADANI”. Menelusuri tamadun Islam, amalan berwakaf telah bermula pada zaman Rasulullah SAW, kemudian diteruskan ketika zaman para sahabat dan seterusnya dilihat berkembang pada zaman pertengahan Islam iaitu pada zaman Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah. Melalui Belanjawan 2023 dan 2024, Kerajaan Madani […]

Kunjung Hormat daripada NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Menerima kunjungan hormat daripada NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) diketuai YBhg Dato’ Ahmad Azam bin Abd Rahman. Alhamdulillah dapat berbincang selain mendengar cadangan dan maklum balas daripada pihak WADAH. Saya amat menghargai peranan WADAH dalam membantu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan agenda Membangun Malaysia Malaysia dan Pelan Transformasi Al-Falah. Hubungan baik ini […]

Majlis Pelancaran Program Iftar Rahmah Madani 1445H

Saya telah melancarkan Program Iftar Rahmah Madani 1445H bertempat di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur hari ini. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat prihatin dengan program-program pengimarahan masjid dan membantu pihak yang memerlukan. MAIWP telah menyalurkan sebanyak RM9.45 juta melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diagihkan kepada 70 Masjid-Masjid dan […]

Ziarah adik Dean Maisarah binti Mohamad Shamsul

Seusai menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini, saya telah bergegas ke Meru, Selangor untuk menyantuni adik Dean Maisarah binti Mohamad Shamsul yang merupakan OKU terlantar berusia 8 tahun. Adik Maisarah yang didiagnosis sebagai Cerebral Palsy Quadriplegic & Microcephaly merupakan anak kedua dari tiga beradik dan dijaga sepenuh masa oleh ibunya, Puan Noor Aisah yang juga […]

Majlis Pelancaran Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud

Sekitar Majlis Pelancaran Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud. Syukur alhamdulillah, tahun ini negara kita terus terpilih menerima sumbangan mushaf Al-Quran, kurma dan tajaan majlis berbuka puasa. Kesemua urusan agihan hadiah ini diuruskan oleh Pejabat Atase Pendidikan, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia. Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Penjaga […]

Selamat Datang, Welcome