Program Rahmah Madani Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Mangsa Banjir Di Mukim Ijok Batu Kurau Perak

Alhamdulillah selesai merasmikan Program Rahmah Madani Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Mangsa Banjir Di Mukim Ijok Batu Kurau Perak.
Dalam program ini agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah terlibat iaitu YaPEIM yang telah memberi sumbangan berjumlah RM12,500.00 berupa barangan kering bagi Program Foodbank YaPEIM 5.0 kepada 125 keluarga yang akan di agihkan kepada keluarga yang telah dikenalpasti akibat banjir.
Selain itu, Yayasan Taqwa juga menyerahkan sumbangan baikpulih musibah banjir di Mukim Huku Ijok daerah Selama, Perak sebanyak RM125,000.00.
Semoga dengan kerjasama pihak negeri Perak dan sumbangan yang diberikan oleh agensi di bawah saya ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh para penerima sumbangan.

Selamat Datang, Welcome