Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Muhammad Al-Fateh, Ipoh, Perak sempena Festival Ummatik 3.0

Menjunjung kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak kerana atas limpah perkenan bercemar duli berangkat ke majlis rakaman Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Muhammad Al-Fateh, Ipoh, Perak sempena Festival Ummatik 3.0.
Majlis rakaman ini terus dihadiri YAB Menteri Besar Perak.
Ahli Panel undangan Sahibul Fadhilah Dr. Ayman Al-Akiti bersama Prof Madya Dato’ Dr Izhar Ariff Mohd Kashim dan Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail. Moderator ialah Ustaz Nabil Ahmad yang mengupas tajuk “Tempatku Bersujud”
Tahniah kepada semua rakan strategik penganjur yang menjayakan majlis ilmu ini. Semoga Allah memberikan kebaikan dan keberkatan kepada kita semua.

Selamat Datang, Welcome