Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024

Petang tadi saya menyempurnakan Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024, bertemakan “Wakaf Membangun Malaysia MADANI”.
Menelusuri tamadun Islam, amalan berwakaf telah bermula pada zaman Rasulullah SAW, kemudian diteruskan ketika zaman para sahabat dan seterusnya dilihat berkembang pada zaman pertengahan Islam iaitu pada zaman Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah.
Melalui Belanjawan 2023 dan 2024, Kerajaan Madani menzahirkan iltizam dengan menjadikan Wakaf MADANI sebagai kerangka untuk terus memperkasa wakaf di Malaysia.
Bertitik tolak dari sini, dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan tahun lepas, Kerajaan telah memberi komitmen dengan menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM500 juta untuk meningkatkan pembangunan tanah-tanah wakaf.
JAWHAR bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) akan terus bekerjama dengan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri selaku pemegang amanah tunggal wakaf dalam mengurus dan melaksanakan tata kelola yang baik serta membudayakan amalan berwakaf dalam kalangan rakyat Malaysia.
Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama untuk menjayakan agenda wakaf memakmurkan negara.

Selamat Datang, Welcome