Ziarah adik Dean Maisarah binti Mohamad Shamsul

Seusai menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini, saya telah bergegas ke Meru, Selangor untuk menyantuni adik Dean Maisarah binti Mohamad Shamsul yang merupakan OKU terlantar berusia 8 tahun.
Adik Maisarah yang didiagnosis sebagai Cerebral Palsy Quadriplegic & Microcephaly merupakan anak kedua dari tiga beradik dan dijaga sepenuh masa oleh ibunya, Puan Noor Aisah yang juga merupakan seorang ibu tunggal.
Saya telah berkesempatan menyampaikan wang tunai berjumlah RM4000.00 sumbangan dari Yayasan Taqwa-MAIWP bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.
Untuk rekod, Yayasan Taqwa merupakan salah satu agensi di bawah saya yang ditubuhkan khusus bagi mengagihkan bantuan zakat kepada penerima di luar wilayah persekutuan.
Terima kasih kepada semua pembayar zakat.

Selamat Datang, Welcome