Pertemuan bersama penerbit dan pelakon, Encik Sabri Yunus bersama isteri beliau, Puan Angeline Tan

Petang ini saya bertemu penerbit dan pelakon, Encik Sabri Yunus bersama isteri beliau, Puan Angeline Tan di Kompleks Penyiaran TV Alhijrah. Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, Pengerusi TV Alhijrah dan Encik Namanzee Haris, CEO TV Alhjjrah turut bersama-sama dalam pertemuan mahabbah ini.
Saya memang mengikuti perkembangan sejak drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu dahulu lagi. Watak Wan Ismail Golok dan Lucy kekal terpahat dalam memori dengan dialog-dialog lucu yang sarat dengan mesej kemasyarakatan.
Saya tertarik dengan cerita Puan Angeline Tan dengan kisah beliau mendalami ilmu-ilmu Islam. Banyak persoalan yang terbuku di hati beliau telah dikongsi sebagai pelajaran bersama.
Saya menasihatkan untuk sama-sama terus mendalami keindahan Islam. Serlahkan akhlak dan adab kepada ahli keluarga dan masyarakat.
Saya juga memberikan harapan kepada Encik Sabri Yunus agar terus berkarya mendidik umat.
Saya mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke jannah. Semoga kekal bahagia dengan penuh sakinah, mawaddah dan rahmah.

Selamat Datang, Welcome