KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SELAKU PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)

1.​ Merujuk kepada siaran akhbar Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bertarikh 30 April 2024, patik mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berkuatkuasa 9 Mac 2024.
2.​ Sesungguhnya pelantikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sebagai Pengerusi MKI akan terus memperkukuh kedudukan MKI bagi menjalankan fungsi-fungsinya berpandukan Peraturan-Peraturan MKI 2022 khususnya dalam menyelaras hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam.
3.​ Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar diberikan petunjuk serta pedoman kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai Pengerusi MKI.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

1 Mei 2024

Selamat Datang, Welcome