Majlis Rahmah Syawal MAIWP: Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf

Saya meraikan 800 orang asnaf dalam Majlis Rahmah Syawal MAIWP: Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf bertempat di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur.
Tentunya kemeriahan Syawal yang disambut ini diisi dengan ziarah, berkenal-kenalan merapatkan silaturrahhim, kunjung mengunjung, bermaaf-maafan serta saling memperkukuh ikatan persaudaraan sesama kita.
Setiap tahun menjelang Syawal, MAIWP sentiasa menyalurkan bantuan kepada asnaf.
Bersempena dengan sambutan syawal, MAIWP telah menyalurkan bantuan aidilfitri sebanyak RM500.00 kepada 32,250 orang asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16,125,000.00.
Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan oleh MAIWP ini dapat meringankan sedikit beban para asnaf dalam meraikan Aidilfitri.
Inilah peranan agensi MAIWP untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan.
Dengan budaya kerja yang profesional, berintegriti serta tangkas dan pantas, MAIWP akan terus menggalas amanah ummah ini dengan penuh cemerlang.

Selamat Datang, Welcome