Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M

Semalam saya bersama TYT TYT Mesaad Ibrahim Al Sulaim, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia telah melancarkan Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelaksanaan program yang telah memasuki tahun keenam pelaksanaannya, akan mengukuhkan lagi hubungan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) […]
Urusan rasmi di Kazakhstan bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Selepas urusan rasmi di Turkiye dan Kyrgyzstan, saya mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kazakhstan Seluruh delegasi telah disambut oleh Perdana Menteri Kazakhstan, Olzhas Bekteno Semoga misi negara akan tercapai dengan jayanya. v.
Kunjung Hormat H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz)

Dalam lawatan kerja rasmi di Republik Kyrgyz, saya bersama YBhg Datin Paduka Hajjah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM Malaysia telah berkunjung hormat kepada H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz). Pertemuan berlaku dengan penuh harmoni dalam kerangka JAKIM bersedia untuk berkongsi kepakaran […]
Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah

Saya mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama para pelajar dalam Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah yang berlangsung di Istanbul. Saya berpesan kepada para pelajar untuk mengambil cakna dengan perkembangan semasa yang berlaku di dunia hari ini. Keberadaan para pelajar di bumi Turkiye ini wajar dimanfaatkan untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu selain mempelajari pelbagai […]
World Islamic Scholars Consultative Meeting di Istanbul, Turkiye

Saya berada di Turki, memenuhi undangan menghadiri World Islamic Scholars Consultative Meeting di Istanbul, Turkiye. Persidangan ini membawa tema “Revival of the Hilf al-Fudul Concept Following the Gaza Crisis” Persidangan ini dihadiri oleh para ulama’, ilmuan termasuk Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pelbagai negara. Semalam, TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turkiye telah mengundang semua […]
Majlis Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M

Sekitar Majlis Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M yang berlangsung di Kuantan Pahang. Majlis telah disempurnakan Pra-Pelancaran oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang. Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 23 – 28 Mei 2024 bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks […]
Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Murid B40 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kg. Baru, Semenyih

Pagi ini saya telah turun menyantuni murid-murid dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Murid B40 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kg. Baru, Semenyih. Dalam majlis ini, seramai 314 orang murid-murid telah menerima bantuan berupa sumbangan tunai dan beg sekolah. Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan persekolahan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ibubapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak, […]
Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bersama Setiausaha Agung Muslim World League (MWL) dan delegasi

Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap patik bersama TYT Sheikh Dr. Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Muslim World League (MWL) dan delegasi MWL di Istana Negara, pagi ini. Menjunjung kasih atas segala keprihatinan KDYMM Tuanku kepada urusan hal ehwal Islam.
Majlis Ulama Asia 2024

Dari lubuk hati yang dalam, saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih, tahniah dan syabas kepada YBhg Datin Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM bersama barisan urus setia JAKIM dan semua pihak yang menjayakan 2 acara besar Kerajaan iaitu International Conference Religious Leaders dan Majlis Ulama Asia 2024. Kedua-dua acara ini dilaksana dengan kerjasama […]
Majlis Tandatangan Letter of Intent (LoI) antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama Muslim World League (MWL)

Sekitar Majlis Tandatangan Letter of Intent (LoI) antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama Muslim World League (MWL) bagi persepakatan dan persefahaman dalam bidang penyelidikan, penganjuran program seperti seminar dan persidangan serta penerbitan berkaitan Fiqh Ta’ayush dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Majlis berlangsung di pejabat Muslim World League di Petaling Jaya Selangor. Ketua Pengarah IKIM, […]