Majlis Tandatangan Letter of Intent (LoI) antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama Muslim World League (MWL)

Sekitar Majlis Tandatangan Letter of Intent (LoI) antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama Muslim World League (MWL) bagi persepakatan dan persefahaman dalam bidang penyelidikan, penganjuran program seperti seminar dan persidangan serta penerbitan berkaitan Fiqh Ta’ayush dalam Bahasa Inggeris dan Arab.
Majlis berlangsung di pejabat Muslim World League di Petaling Jaya Selangor.
Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil telah mewakili IKIM manakala Dr. Mohammed Gharawi mewakili pihak MWL.
Turut hadir bersama ke majlis ialah Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa.
Semoga kerjasama ini akan membawa kebaikan kepada umat Islam.

Selamat Datang, Welcome