Majlis Ulama Asia 2024

Dari lubuk hati yang dalam, saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih, tahniah dan syabas kepada YBhg Datin Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM bersama barisan urus setia JAKIM dan semua pihak yang menjayakan 2 acara besar Kerajaan iaitu International Conference Religious Leaders dan Majlis Ulama Asia 2024. Kedua-dua acara ini dilaksana dengan kerjasama pihak Muslim World League (MWL).
Saya menyaksikan sendiri kegigihan barisan urus setia berhempas pulas dan berusaha dengan gigih menjayakan acara yang berlangsung selama 2 hari ini.
Barisan urus setia berkorban meninggalkan seketika keluarga dan anak-anak demi tugasan untuk agama, negara dan ummah.
Senoga Allah memberkati serta membalas jasa bakti tuan-puan, saudara-saudari semua.
2 acara ini telah membuka lembaran baharu kepada usaha-usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kemajmukan. Ia akan menyerlahkan sifat rahmah dan ihsan agama Islam.
Semoga kejayaan 2 acara ini akan terus melonjak semangat agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bekerja lebih kuat untuk agama, negara dan ummah.

Selamat Datang, Welcome