Sarapan Bersama SS Mufti Wilayah Persekutuan

Alhamdulilah, selesai saya bersarapan bersama SS. Datuk Prof Madya Dr Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan pagi ini. Sambil makan, banyak perkara saya dan Sahibus Samahah bincangkan mengenai umat Islam di negara ini. Apa yang penting, hormati menghormati kena ada. Saya sentiasa hormat institusi Mufti.
Menteri Agama Sewajarnya Pertahan Pandangan Mufti

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak patut memberikan reaksi negatif terhadap jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkenaan hukum bekerja di bank konvensional. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya berkata, sewajarnya Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam ini mengambil posisi mempertahan […]
‘Utamakan Program Pupuk Keimanan, Ketakwaan Menjelang Ramadan’- Mohd Na’im

‘Utamakan program pupuk keimanan, ketakwaan menjelang Ramadan’ – Mohd Na’im Nilai: Pihak yang bercadang menganjurkan sebarang program sosial membabitkan penyertaan masyarakat Islam perlu mengambil kira kepentingan dan kesucian agama itu terutama menjelang Ramadan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, keutamaan harus diberikan kepada aktiviti yang mampu […]
Saya Hormati Pandangan Mufti, Cuma Perlu Hati-Hati Agar Tak Cetus Polemik – Naim

SERDANG: Institusi mufti disaran supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan hukum terutama berkaitan isu sensitif yang boleh menimbulkan kegusaran dan polemik dalam kalangan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya sentiasa menghormati penjelasan hukum dikeluarkan mufti, namun ia mestilah disertakan dengan hujah yang konkrit bersama jalan […]
MAIWP pantau Pungutan Zakat Elak Penyelewengan

KAMPAR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melaksanakan pemantauan rapi bagi mengelak berlakunya sebarang insiden penyelewengan wang kutipan zakat seperti yang terjadi terhadap beberapa institusi zakat lain. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fauzi Abidin berkata, bagi mengelak kejadian tersebut berlaku, beberapa langkah diambil termasuklah tidak melantik terlalu ramai ejen zakat. Menurutnya, tanggungjawab untuk mengutip […]
Syarahan Malaysia Harmoni di Dewan Senat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Saya menyampaikan Syarahan Malaysia Harmoni di Dewan Senat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penganjuran program Syarahan Malaysia Harmoni seperti hari ini adalah tepat pada waktunya untuk kita membangkitkan kesedaran semua pihak akan hakikat kepentingan asas keamanan dan perpaduan dalam proses pembinaan negara. Di saat sesetengah pihak cuba memberikan lakaran buruk kepada agama Islam dan umat […]
Slot Dari Hati di IKIM FM

Malam ini saya mengisi slot Dari Hati di Ikimfm. Bersama-sama dengan Prof Dato’ Dr Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya SUHAKAM. Saya terasa amat dekat dengan slot ini kerana saya menjadi tetamu sejak saya menjawat jawatan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dahulu. Rancangan ini membawa isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan serta mengemukakan […]
Ziarah Mangsa Banjir di Daerah Kota Tinggi

Semalam saya menggerakkan agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyantuni mangsa banjir di Daerah Kota Tinggi yang membabitkan 120 keluarga bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi. Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Exco Agama Negeri Johor, Ahli Parlimen Tenggara, ADUN Panti dan ADUN […]
Tinjauan Tapak Pembinaan Bayt Al Rahmah

Semalam saya bersama pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Taqwa – MAIWP telah turun berziarah Puan Daliyanah binti Yaamat sekeluarga yang diuji musibah rumah mereka telah musnah akibat kebakaran. Saya bersama Yayasan Taqwa MAIWP telah turun meninjau tapak pembinaan Bayt Al Rahmah di lokasi kebakaran dan tapak itu juga akan dibina Bayt […]
Bantuan Rumah Sinar Lestari YaPEIM

Saya bersama pengurusan YaPEIM semalam telah turun menyantuni Puan Suriani Kassim di Kampung Kurnia, Johor Bahru untuk menyampaikan bantuan Rumah Sinar Lestari YaPEIM dengan nilai RM 60,000.00. Semoga bantuan yang dihulurkan dapat memberikan berita gembira disamping meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.