Tinjauan Tapak Pembinaan Bayt Al Rahmah

Semalam saya bersama pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Taqwa – MAIWP telah turun berziarah Puan Daliyanah binti Yaamat sekeluarga yang diuji musibah rumah mereka telah musnah akibat kebakaran.
Saya bersama Yayasan Taqwa MAIWP telah turun meninjau tapak pembinaan Bayt Al Rahmah di lokasi kebakaran dan tapak itu juga akan dibina Bayt Al Rahmah. Rumah baharu ini disumbang dengan pembiayaan oleh Yayasan Taqwa MAIWP.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung Puan Daliyanah bersama suaminya dan seisi keluarga.
Marilah bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan buat Puan Daliyanah sekeluarga.

Selamat Datang, Welcome