Ziarah Mangsa Banjir di Daerah Kota Tinggi

Semalam saya menggerakkan agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyantuni mangsa banjir di Daerah Kota Tinggi yang membabitkan 120 keluarga bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi.
Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Exco Agama Negeri Johor, Ahli Parlimen Tenggara, ADUN Panti dan ADUN Pasir Raja atas kerjasama padu.
Agensi JAKIM, MAIWP, JKSM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, YaPEIM, Tabung Haji, YADIM, Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Taqwa, dan semua agensi telah bergabung menjayakan misi murni ini.
Jenis barangan sumbangan yang disampaikan adalah seperti dapur, periuk elektrik, kipas, peralatan pembersihan, kit solat, food bank, kit kebersihan diri, lampin pakai buang, tuala wanita dan pakaian terpakai.
Inilah peranan yang saya mahu sentiasa digerakkan agensi hal ehwal Islam. Sentiasa merasai denyut nadi masyarakat memerlukan. Agensi hal ehwal Islam sentiasa berganding bahu dengan agensi Kerajaan Negeri Johor.

Selamat Datang, Welcome