Kunjung hormat kepada YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Kunjung hormat kepada YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, pada Rabu lepas. Alhamdulillah, dengan keberkatan Ramadan, pertemuan berlangsung dengan penuh harmoni. Banyak perkara yang dapat saya belajar daripada YB Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Terima kasih YB.
Minggu Terbuka Akademik 2024 Universiti Malaysia
Pagi ini saya menyantuni warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam program Minggu Terbuka Akademik 2024. Saya menyampaikan beberapa nasihat kepada para mahasiswa. 1) perlu belajar bersungguh-sungguh sehingga menguasai asas disiplin bidang pengajian masing-masing 2) perlu rajin ke perpustakaan untuk membaca kitab-kitab dan khazanah ilmu. 3) pastikan boleh membaca kitab teras berbahasa Arab dalam disiplin […]
Kunjung Hormat kepada YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang Dipertua Dewan Negara ke-20
Pada Rabu lepas, saya mengambil kesempatan berkunjung hormat kepada YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang Dipertua Dewan Negara ke-20. Terima kasih YB Senator Datuk Mutang Tagal kerana sudi menerima kunjungan hormat saya. Nasihat serta pandangan YB Senator dalam pertemuan tadi amat bermakna khususnya berkaitan hal ehwal Dewan Negara yang mulia. Selamat menjalankan amanah sebaiknya serta […]
Majlis Iftar Jalinan Kasih anjuran Yayasan Kita Anak Malaysia
Sekitar Majlis Iftar Jalinan Kasih anjuran Yayasan Kita Anak Malaysia yang dianjurkan semalam. Majlis ini dilaksana untuk meraikan para pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi. Ada dikalangan mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim termasuk para pelajar OKU. Saya telah menyampaikan nasihat kepada semua pelajar agar sentiasa menjaga akhlak dan adab. Mereka perlu untuk […]
Program Subuh Macam Jumaat- Masjid Wilayah Persekutuan
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ Maksud Ayat: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” […]
“Program Rahmah Ramadan MAIWP”
Petang tadi saya bersama pengurusan MAIWP turun berziarah ke Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM (ASDAF) yang terletak di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur Dengan semangat “Rahmah Ramadan MAIWP”, usaha ini dilaksanakan untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib dan memerlukan. Adalah diharapkan dengan bantuan MAIWP ini kepada Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia […]
Ziarah Asnaf- Encik Suhaili
Saya dan pasukan MAIWP menyantuni Encik Suhaili bin Ismail di kediaman mereka. Encik Suhaili menanggung seorang isteri dan 4 orang anak. Encik Suhaili telah diberhentikan kerja oleh majikan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesusahan Encik Suhaili sekeluarga telah mendapat perhatian Skuad Jejak Asnaf MAIWP dan telah diberikan sedikit bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung. […]
Ziarah Asnaf- Encik Mazlan
Petang semalam saya dan pasukan MAIWP telah berziarah kepada Encik Mazlan Abdullah di kediaman mereka. Encik Mazlan merupakan seorang OKU fizikal akibat kemalangan. Buat masa ini beliau tidak bekerja kerana tulang kaki kanan patah. Beliau menanggung seorang isteri dan anak. Isteri beliau mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi juga menggunakan insulin. Encik Mazlan adalah […]
Ziarah Asnaf- En. Wan Mohd Hafzan bin Wan Ahmad
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diamanahkan untuk menguruskan dana zakat di Wilayah Persekutuan. Oleh kerana itu, saya meminta MAIWP sentiasa melipatgandakan usaha untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan. Semalam saya menziarahi En Wan Mohd Hafzan bin Wan Ahmad di rumah beliau bersama isteri dan 5 orang anak. Bekerja sebagai penjaga kereta di […]
MEDIA STATEMENT OF THE MINISTER AT THE PRIME MINISTER’S DEPARTMENT (RELIGIOUS AFFAIRS) REGARDING THE RESOLUTIONS OF THE UNITED NATIONS (UN) SECURITY COUNCIL
1. The Prime Minister’s Department (Religious Affairs) would like to refer to the United Nations (UN) Security Council Resolution on a ceasefire in Gaza that has been reached. This UN Security Council Resolution 2728 is highly awaited by the entire international community especially the Muslims around the world who love peace and prosperity. 2. For […]