Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah

Hari ini, saya menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah yang telah disempurnakan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Haji Mahiruddin bertempat di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah.
Turut bersama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama-sama YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama & Exco Pendidikan), YBhg. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Haji Ruslan bin Haji Muharam (Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri), YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Hussin, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah dan YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pelantikan YAA Tuan Ahadin bin Arinen sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan dua orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah, YA Puan Surayah binti Ramlee dan YA Puan Taherah binti Tahir.
Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh institusi mahkamah syariah di negeri Sabah.

Selamat Datang, Welcome