Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2024

Saya telah merasmikan Konvensyen al-Quran Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2024 yang mengangkat tema “Meneroka Rahsia Alam Melalui Ayat-Ayat Kauniyyah” petang tadi bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.
Usaha mentadabbur ayat-ayat Kauniyyah akan memandu kepada ibrah pengajaran dan keimanan yang berterusan.
Penerokaan mengenai ayat-ayat kauniyyah mengenai penciptaan alam terutamanya berkaitan langit dan bumi amat bermanfaat untuk mengajak umat Islam merenung serta menghayati kebesaran Allah SWT.
Pentafsiran al-Qur’an berkaitan ayat-ayat Kauniyyah menyumbang kepada pendekatan kesepaduan sains dan wahyu. Untuk memahami ayat-ayat ini memerlukan kepada kefahaman ilmu sains.
Terima kasih dan penghargaan buat penganjur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khususnya Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Yayasan Restu di atas penganjuran Konvensyen pada hari ini.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kekuatan seluruh agensi akan sentiasa erat bekerjasama untuk merangka dan menggerakkan program-program pendidikan Al-Quran kepada masyarakat.

Selamat Datang, Welcome