Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Madani 2024 di Wilayah Persekutuan Labuan

Syukur alhamdulillah, Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Madani 2024 dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dianjurkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak MAIWP Labuan atas usaha amat bermakna ini. Ia menjadi jambatan kepada kita untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita khususnya yang kita raikan para asnaf.
Inilah juga yang menjadi nilai teras masyarakat Madani yang sentiasa mengambil berat serta berlaku ihsan kepada masyarakat yang memerlukan.
Alhamdulillah, dalam konteks Wilayah Persekutuan Labuan, jumlah keseluruhan bantuan Aidilfitri tahun ini yang telah disampaikan ialah sebanyak RM5.3 juta.
MAIWP telah merencana pelbagai aktiviti agihan zakat dan sehingga kini menawarkan sebanyak 36 skim bantuan zakat merangkumi bantuan daripada aspek kebajikan, perlindungan, ekonomi, perubatan, pendidikan dan sebagainya.
Tumpuan MAIWP bukan sahaja tertumpu kepada pengagihan skim bantuan tunai sahaja sebaliknya MAIWP juga menyalurkan agihan bantuan melalui skim bantuan di bawah kategori perlindungan seperti Bantuan Membina / Membaiki Rumah dan Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Bantuan Deposit Pembelian Rumah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAWP memastikan asnaf mempunyai tempat berlindung.
Saya sentiasa mendoakan semoga seluruh warga Wilayah Persekutuan Labuan diberikan kesejahteraan dan kemakmuran.

Selamat Datang, Welcome