Tinjauan ke Klinik Kecemasan di Abraj Janadriyah

Saya juga telah membuat tinjauan ke Klinik Kecemasan di Abraj Janadriyah. Klinik ini menyediakan kemudahan rawatan kepada para jemaah Haji Malaysia. Tabung Haji dan pihak Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji yang diuji dengan sakit. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan dan kesihatan terbaik kepada seluruh jemaah haji dan para petugas.

Taklimat Operasi oleh Pengurusan Tabung Haji

Hari ini saya telah diberikan taklimat operasi oleh pengurusan Tabung Haji. Pihak pengurusan telah mengemaskini beberapa persiapan dan persediaan musim haji kali ini. Dengan kerjasama padu semua pihak dan semangat setiakawan yang tinggi, saya percaya tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang. Itu semangat yang kita terapkan di semua agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Ziarah Hab Media Haji Musim 1445 Hijri

Saya juga berkesempatan berziarah dan melihat Hab Media Haji Musim 1445 Hijri. Inisiatif Hab Media Haji ini telah dirasmikan oleh Menteri Media Kerajaan Arab Saudi, Salman bin Youssef Al-Dossary. Hab media ini menjadi pusat dan pengkalan data berkaitan operasi haji. Sudah tentu ia amat membantu lebih 1,500 petugas media di seluruh negara untuk mendapatkan informasi […]

Ramah Mesra bersama Jemaah Haji Maktab 77 dan 78 di Abraj Janadriyah

Sekitar ramah mesra bersama jemaah haji Maktab 77 dan 78 di Abraj Janadriyah. Selain bertanya khabar dan bersilaturrahim, saya juga menyampaikan nasihat kepada jemaah agar sentiasa terus memperteguhkan azam untuk melaksanakan ibadat haji dengan sebaik-baiknya. Ibadat haji adalah kemuncak rukun Islam yang kelima dan ia adalah penyempurnaan ibadat seorang hamba. Ia adalah kesimpulan kepada kehidupan […]

Simposium Haji di Mekah

Saya mewakili Kerajaan Malaysia dalam Simposium Haji yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi di Mekah sempena Musim Haji 1445 Hijri. Persidangan yang telah dianjurkan sejak tahun 1970 ini telah menghimpunkan para ilmuan, cendekiawan serta pihak berkepakaran dalam pengurusan haji. Persidangan ini dihadiri oleh negara-negara di seluruh dunia. Sahabat sejawat saya, HE. Dr. Tawfiq Al-Rabiah, Menteri Haji […]

Tinjauan ke Bangunan Roha Al-Madinah, ibu pejabat TH di Madinah

Sekitar tinjauan ke Bangunan Roha Al-Madinah, ibu pejabat TH di Madinah. Saya memantau pusat rawatan bagi jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Madinah. Saya secara peribadi melihat kesungguhan para petugas Tabung Haji memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji Malaysia. Saya sentiasa memperingatkan para petugas untuk mengikhlaskan niat serta berkhidmat sepenuh hati menyantuni para jemaah […]

Tugasan Rasmi Musim Haji 1445 Hijri

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, saya bersama Pengerusi Tabung Haji dan para jemaah telah berlepas pada jam 12.45 tengah malam semalam dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syukur semua telah selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi. Saya akan berada di Arab Saudi untuk tugasan rasmi Musim Haji 1445 Hijri. Mewakili Kerajaan Malaysia dalam […]

Konvensyen Al-Liqa’ Al-Qanuniy 2024

Saya menghadiri Konvensyen Al-Liqa’ Al-Qanuniy 2024: Pendakwaan dan Penguatkuasaan Jenayah Syariah Merentas Sempadan. Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan atas penganjuran program Konvensyen ini. Konvensyen yang meletakkan fokus “Pendakwaan dan Penguatkuasaan Jenayah Syariah Merentas Sempadan: Isu dan Cabaran” amat penting Tambahan pula, mutakhir ini, kesalahan-kesalahan jenayah Syariah telah dilakukan dengan pelbagai cara […]

Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI

Sekitar Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri. Modul yang dilancarkan ini akan dimanfaatkan dalam program latihan yang dianjurkan Akademi Kenegaraan Malaysia. Tentunya modul ini adalah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara. Semoga matlamat murni untuk melahirkan generasi madani yang cintakan negara serta berbakti kepada nusa akan mencapai objektifnya. Sudah […]

Program Halal On Track (HOT)

Sekitar program Halal On Track (HOT) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di Persada International Convention Centre, Johor Bahru, Johor. Program ini telah disempurnakan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan turur dihadiri oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri […]

Selamat Datang, Welcome