Ramah Mesra bersama Jemaah Haji Maktab 77 dan 78 di Abraj Janadriyah

Sekitar ramah mesra bersama jemaah haji Maktab 77 dan 78 di Abraj Janadriyah.
Selain bertanya khabar dan bersilaturrahim, saya juga menyampaikan nasihat kepada jemaah agar sentiasa terus memperteguhkan azam untuk melaksanakan ibadat haji dengan sebaik-baiknya.
Ibadat haji adalah kemuncak rukun Islam yang kelima dan ia adalah penyempurnaan ibadat seorang hamba. Ia adalah kesimpulan kepada kehidupan manusia “khulasatul hayah”.
Baginda Nabi SAW memperingatkan kita tentang ganjaran haji mabrur. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
العُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجَّ الْمَبْرُوْرُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Umrah kepada umrah yang seterusnya dapat mengkifaratkn dosa antara keduanya dan haji mabrur tiada balasan kecuali syurga.”
—Riwayat al-Bukhari
Di Maktab 77, telah ditempatkan seramai 2,858 orang jemaah. Manakala di Maktab 78, jemaah haji kita seramai 2,862 orang jemaah. Para petugas Tabung Haji akan sentiasa bersiap siaga untuk menyantuni apa juga keperluan kebajikan para jemaah.
Apa-apa keperluan terus maklumkan kepada para petugas Tabung Haji untuk menyantuni para jemaah semua.
Saya telah berpesan kepada para petugas untuk memberikan khidmat terbaik kepada para jemaah haji kita.

Selamat Datang, Welcome