Simposium Haji di Mekah

Saya mewakili Kerajaan Malaysia dalam Simposium Haji yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi di Mekah sempena Musim Haji 1445 Hijri.
Persidangan yang telah dianjurkan sejak tahun 1970 ini telah menghimpunkan para ilmuan, cendekiawan serta pihak berkepakaran dalam pengurusan haji. Persidangan ini dihadiri oleh negara-negara di seluruh dunia.
Sahabat sejawat saya, HE. Dr. Tawfiq Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi telah menyampaikan ucapan aluan kepada semua hadirin. Begitu juga turut hadir HE Dr Fahad Al-Majid, Setiausaha Agung Majlis Ulama Kanan Saudi bersama HE Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Dunia Islam.
Simposium kali ini telah membincang perkara penting melibatkan aspek perundangan, fiqh, kawal selia dan juga aspek teknologi masa hadapan dalam pengurusan haji.
Negara Malaysia melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi sepenuh komitmen untuk terus mempertingkatkan keupayaan serta kualiti pengurusan ibadat haji kepada rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, kualiti pentadbiran Tabung Haji serta kesantunan jemaah Haji Malaysia sentiasa disebut-sebut pelbagai pihak dari luar negara.

Selamat Datang, Welcome